Rabu, 2 September 2015

RESEPI AYAM GORENG KOREA YG LAZAT FROM MAKCIK GOOGLE...

salam n selamat petang semua.. mcm mana cuti best x? linda balik kmpg Pahang je cuti 4 hari kan.. so apa lg balik tgk mak n abah la..tapi dia punye jem mengalahkan nk balik hari raya. maybe sebab perhimpunan bersih 4 kot. x kisah la linda x pergi bukan x sokong cuma ........ hahahh korang rasa apa? MALAS la nk pergi basah ketiak kt tengah panas tu.. kita sokong dari jauh je la ye hehheh..
cuti ni balik kmpg mengadap TV je la astro kan baik hati  bagi banyak chanel freee.. so apa lg layan korea la kan.. tengah tgk korea terliur plak dgn ayam goring diaorg.. mcm sedap je diaorg ni melantak.. perghh menusuk jiwa raga mak nok hehehhe.. apa lg google la kan.. nk rasa sedap ke idakk.. ok la x sempat nk celoteh panjang ni nk kongsi resepi fromm makcik google yg duduk kt korea hahha.. jom tgk 2 intai 2 n cuba 2 mana la tahu kena dgn tekak korang.. boleh buat makn dgn nasi panas 2... SEDAPPPPPP sgt hahhah ok la mak nk cau dulu ye... salin tau pas tu kongsi sikit mana  la tahu korng masak lg sedap dari org korea masak...
                                                                  
 
 



Bahan-Bahan

Ayam
Sedikit Garam
Lada hitam
Tepung beras
Telur
Bawang putih
Bawang Merah
Cili kering yang dikisar
Madu
Sos Tomato

Cara-cara memasak

1. Potong kecil-kecil ayam, basuh dan gaulkan ayam bersama lada hitam, garam, telur, dan tepung beras.
2. Gorengkan. Dan ketepikan.
3. Untuk sosnya, tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk/dikisar.
4. Masukkan sos tomato, cili kering yang dikisar dan madu. Kacau sehingga masak.
5. Gaulkan ayam goreng tadi bersama sos.
6. Siap untuk dihidang
* Maaf, tiada kuantiti yang tepat kerana semua bergantung pada jumlah ayam yang hendak anda masak :)
 
 
 
                                                        END

Tiada ulasan:

Catat Ulasan